nak tau tak, ada satu bulan ni, yang kelebihannya tak ada pada bulan-bulan lain! dalam bulan ni, SEMUA PINTU NERAKA DITUTUP KETAT-KETAT tanpa dibenarkan dilihat bahkan DIJAUHKAN lagi daripada manusia. manakala PINTU SYURGA DIBUKA SELUAS-LUASNYA & SYAITAN-SYAITAN semua dibelenggu. bulan apa ye yang mulia sangat ni? bulan yang mulia ni namanya BULAN RAMADHAN ^_*
bila semua anasir-anasir negatif (syaitan & iblis) yang selama ini meracuni diri kita dibelenggu, jadinya bulan ni lah MASA yang TERBAIK untuk kita PERBAIKI DIRI kerana waktu ni syaitan-syaitan tak dapat nak kuasai minda kita. NAMUN, jika ada perbuatan jahat atau tak baik yang kita lakukan pada bulan mulia ini, itu adalah ransangan dari NAFSU yang selama ini dilatih oleh syaitan-syaitan untuk MENGUASAI kita. bila perbuatan tak baik kita buat waktu2 yang mulia ni, tu tak lain n tak bukan adalah sikap sebenar yang perlu kita ubah. makanya, VIRUS hitam yang merosakkan disk diri PERLU kita CLEAN kan.
sebab tu la kita ada dengar yang bulan Ramadhan ni sebagai UNIVERSITI di mana PUASA, UJIAN, CABARAN, TERAWIH & AMALAN2 SUNAT sebagai course outline untuk kita MENJADI MANUSIA YANG BERJAYA seperti yang disarankan dalam surah Al-Mukminun. manakala Aidilfitri yang bakal hadir pula menjadi hari yang sangat bersejarah bagi semua pelajar di UNIVERSITI RAMADHAN iaitu HARI KONVOKESYEN bagi seluruh umat manusia tanpa membezakan latar belakang menyambut KEMENANGAN atas kejayaan MEMERANGI NAFSU DIRI.
tapi apa pun kebaikan yang kita buat di BULAN puasa ni tak patut terhenti selepas saja tamatnya bulan ni tapi sebagai medium untuk kita melakukan TRANSFORMASI menjadi umat manusia yang MUKMIN yang kalau boleh bersifat ETERNAL.
ilmu ni walaupun sikit je yang kita ada, kita WAJIB SAMPAIKAN kerana di akhirat kelak kita akan ditanya akan ilmu-ilmu yang kita peroleh tapi tidak diberi kebaikannya pada orang lain untuk dimanfaatkan. bahkan dalam Islam sendiri pun menganjurkan kita untuk sentiasa bermotivasi dengan menghebahkan ilmu yang bertindak sebagai benteng untuk kita sentiasa berada di landasan yang benar. NAK JADI ORANG HEBAT KENA SELALU BERKONGSI ILMU & PANDANGAN.
tazkirah bukanlah segalanya tapi segalanya bermula dengan tazkirah. jadi, tazkirah itu penting sebagai motivasi sebelum kita melakukan sesuatu :)
well, since we are in this holy month, we should never take a step back and let it passed wastefully! banyak sangat barakah yang kita boleh peroleh di bulan Ramadhan ni.. ambil yang baik, yang buruk kita jauhkan.

* P/S :
rasanya masih tak terlewat nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-KAREEM kan? ^___^
selamat beramal :)

No comments:
Post a Comment