Monday, August 13, 2012

RAYA DAH DEKAT, KUIH RAYA MACANE?

Assalamualaikum wbt . . .

macane dengan persiapan kuih raya kat rumah korang semua? semoga semuanya baik-baik aje TANPA lalai kerjakan ibadah puasa k!

agak berat nak cerita sebab macam-macam dugaan. tapi kena kongsi jugak cerita ni sebab ini semua kenangan yang belum tentu dapat dicerita pada orang.

ok, nak cerita pasal persiapan kuih raya kat rumah. macane nak mula ehh? senang cite, kebanyakan kuih kat rumah semua terhasil khas hasil daripada penelitian dan main tunjuk-tunjuk. tapi, kat rumah lebih banyak beli kerepek-kerepek dari kuih raya yang belum tentu menepati selera tekak. lagipun, kat tempat saya senang sangat nak cari kerepek sebabnya ramai pengusaha kerepek and kuih muih (dalam nada bangga dengan kemudahan sekeliling rumah tapi still humble).

since sejak 3 4 tahun ni my lovely bonda duduk jauh and hanya akan balik on weekend even kadang-kadang kalau balik awal pun sebab amik cuti, tak banyak lah kuih raya yang dapat dibuat --- pengorbanan seorang ibu yang menanti untuk diposting, menunggu tempat baru dilaunch, dijangka pada tahun depan insyaAllah and kesabaran abah menanti dalam meniti cinta jarak jauh bersama kekasih hati di usia yang sepatutnya duduk sama. 

TAPI, itu tak mematahkan semangat kami 9 keluarga. life must be go on even storm come and crash you. Well, ada beberapa jenis kuih yang orang kata a-must-do kat rumah ni. antaranya, mini popia and ini lah yang habis dulu tak sampai 3 hari raya tau(even buat lebih 3 balang)!

resepinya :

1. Mini Popia

bahan-bahan :
1)serunding/inti untuk mini popia yang ditempah khas dari jiran
2)kulit popia - ni kena pilih betul2 since ada jenis yang cepat keras
*kuantiti banyak mana pun boleh as long intinya habis!
3)tepung dicampur dengan air - diguna sebagai pelekat

cara membungkus :
1)Kulit popia dipotong segi 4 or segi 3 and bungkus macam popia biasa. before menggulung,
isi inti and gulung.
2) untuk segi 4 - letakkan cecair tepung kat hujung untuk mengelakkan terbuka waktu goreng.
untuk segi 3 - temukan kedua2 hujungnya dan simpul sekali (mcm simpul tali kasut).
3)Goreng guna minyak yg byk. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau x popia akan liat di bhgn dalam. Kalau jenis yg 1 lagi tu, api sederhana tapi kena jaga2 sbb mudah hangus.

mini popia stail biasa
mini popia stail simpul

 setakat ni je yang mampu aiN_Nia beri tunjuk ajar. tengok-tengok dah, baca-baca dah, jangan lupa cuba resepi yang senang, mudah dan paling ringkas ni.

ada tips tambahan nak buat mini popia ni. yang paling penting sabar, tekun dan ikhlas buat benda ni. jangan lupa tambahkan kasih sayang and senyuman waktu masa proses buat. insyaAllah, pasti ada Ummphh!

nukilan,
aiN_Nia

No comments:

Post a Comment